Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday : Hairdo


Friday, August 23, 2013

Raya sebulan kan...

Salam lebaran muslimin dan muslimat..Acaner raya korang..meriah? gempak? sayu? pilu? over budget? Sedar tak sedar dah 16 hari kita raya ye.. tinggal 2 minggu lagi je lagi.. huhuhu..Amboiii..kalau raya sebulan rasa cepat je berlalu, tapi puasa sebulan bukan main liat rasa lambat bebenor..Lumrah la tu.. aku insan yang lemah... tetiba nyanyi lak.. hehehehe.. This year aku tak balik kampung pun.. macam tahun-tahun lepas gak..
Sejak arwah tok chaq aku meninggal, dah tak best la nak balik kampung pun..

Korang.. Psst..psstt.. Sebenarnya.. aku nak share gambar raya aku..Ingat hangpa ja ka ada gambar raya.. Suma pakat dok boh gambar raya dari raya pertama lagi... Aku baru nak letak ari ni.. apa ada hal.. Raya sebulan kan? Tapi frust aku gambar raya tahun ni tak lengkap.. Anak bujang aku yang sulung tu punya susah la nak bergambar sejak masuk 4 tahun ni.. Tu baru 4 tahun.. esok-esok 14 tahun, tak mau dah jalan ngan aku.. hoiihh!! mintak simpang laaaa... Danish manja mami sampai bila-bila ye??

ok..ok.. aku dah melarat-larat dah ni..Taip banyak pun tak guna la kan, jom layan gambar raya iols...


Incomplete family photo.. sob sobbs.. Tapi muka aku maintain ceria, pagi syawal katakan... haruslah!!walopun tadi dah meleleh air hidung bagai..sebab tu kalau 1st raya aku tak pakai eyeliner or mascara..nanti sememeh habis segala mekap.. buang karan ja..natural beauty ja.. kan lagi elokk.. *khaikk tuihh* ini semua poyo!! aku tempek bedak ja la ni..anak dah 2, mana sempat nak bersiap sangat dah..tu perkara sebenarnya...hehehe

Bila bergambar dengan mertua kena lah kontrol ayu.. barulah contoh menantu terbaekk... konon!!Puihhh!! aku dengan mertua aku sangatlah sempoi.. Alhamdulillah dapat mertua yang sangat sporting..Dia masak kurang garam kalo, aku komplain ja.. Dia terima ok je.. Alhamdulillah... Kalo aku lak masak tak sedap dia komen, aku terima gak, no hal lah..*tangan di bahu*

Ni lah adik-beradik aku.. walopun aku kakak tapi aku paling kecik.. awet muda uols!!Yang bongsu nak tao sapa?? yang baju pink tu.. sorang ja lelaki.. study kat nunnnnn di sabak bernam..Sebelah aku tu adik nombor 4, belajar lagi kat kelantan..Yang baju turquoise tu bawah aku, nombor 3, nak kawen dah bulan depan.. Aku anak nombor 2 dari 5 adik beradik sebenarnya, bukan sulung..Kakak sulung aku kat Kulim.. Tak balik sini tahun ni..Mak aku beraya dengan kakak aku tahun ni..Tu pasal la tak dak gambar raya dengan mak this year.. sobss!!

Now mari berkenalan lak dengan adik-beradik somi che..Depa ni 4 beradik as u can see above..Yang sulong tu Along, rasanya korang leh agak sendiri la yang mana satu..Nombor 2 yang baju merah tu, Kak Ina.. Anak dah 3, tapi masih comel ok..Pas tu nombor 3 is my somi lah.. Hensem bergaya mutu keunggulan siap bersampin..Wah!! puji lebih mementang somi sendiri khennnn... tetttttttt!!Wati, yang bertudung putih tu adalah adik bongsu depa..

Tengoklah tu anak-anak kak ina dah rupa bakal tahfiz kan?Hehehe..kena paksa pakai serban, kesian si juhairi muka masam je..

Yang tekun dok ngadap game tu lah anak bertuah aku..Ya Allah.. bukan main susah nak amik gambar dia.. berlari merata..Ni ja yang mampu aku amik pun.. camera shy sangat la pulak danish nih..Hurmmm...tu je la kot gambar yang aku nak share dengan korang..Sikit je?? jadilah.. family kami ni bukan retis sangat pun..
Kang belambak rasa nak muntah lak kan..Tatau la nak wat penutup entry ni cam na..

Thats all for now..Till we meet again...

Selamat Hari Raya... Maaf zahir batin...

Friday, August 2, 2013

Doa untuk anak-anak

Saya pernah mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.

Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak) 

Ya. Itu sahaja baris doanya. 
Mudah bukan? 
Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. 
Ok, jom kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak.
Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. 
Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). 
Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. 

Kenapa istimewa? 
Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

1- ASSALAM : SEJAHTERA. 
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH. 
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH 
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. 
Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. 
Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. 
Hayati setiap rangkai maksudnya. 
Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. 
Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =)

Thursday, August 1, 2013

Buah Melaka

Salam uols.. 
2 days ago aku buat buah melaka..
Ada orang panggil onde-onde..
Tapi kalo aku, onde-onde tu yang ada bijan kat luar, inti kelapa..
Uolss camne, panggil apa?
Ke ada je nama lain.. 
????
Back to the topic, kuih ni senang je bagi aku nak wat.. *blow nails*
Bahan-bahan pun suma murah dan senang dapat..
Gigihnya aku buat lepas balik keja sebab nak makan masa berbuka punya pasal..
Tung tang tung tang... Alhamdulillah, sempat siap!
Prep time only 20 minutes!!
Ok, jom check it out resepi yang versi aku punya..
Oppss, sebelum tu.. 
Resepi ni aku jumpa kat blog Kak Ita Masam Manis :)
Terima kasih :)

First time buat kot uols, teruja sangat!!
BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 keping gula melaka (lebih kurang laa)
sehelai daun pandan
Pewarna hijau
1/2 cawan kelapa muda parut
sedikit garam
CARA BUAT:
♥♥ 1stly aku potong gula melaka jadi kiub kecik-kecik. Ketepikan dulu. 
♥♥ Kelapa muda parut tu aku gaul-gaul dengan sedikit garam. Sikit je tau. Ketepikan jugak.
♥♥ Sebelum buat adunan, aku didihkan air dulu dalam periuk dengan daun pandan. Kasi aroma kuar dulu..
♥♥ Now ambil mangkuk, pastu campurkan tepung pulut, tepung gandum dan pewarna hijo. Pewarna hijo tu titis sikit je, bukan tuang ok :p
♥♥ Bancuh la bahan tadi dengan air. Tuang sikit-sikit air tu. Kalo la keras adunan, tambah la lagi air nya.
♥♥ Dah puashati dengan tekstur doh, aku start la gentel-gentel doh tu. Alaaa..comel-comel je, besar ibu jari aku..
♥♥ Dah gentel, aku leperkan ia pastu masukla gula melaka tengah-tengah. Tutup balik, gentel lagi kasi bulat.
♥♥ Selesai gentel suma, masukkanlah dalam air yang mendidih tadi. Bila timbul tu dah masak la tu. Boleh angkat dan toskan.
♥♥ Kendian, aku golek-golek inul..eh!! golekkan atas kelapa parut. Ta-daaaa...siap untuk ngapp!!

Versi aku ni tuk 2-3 orang makan ok lah kot.. 
Aku dapat dalam 23biji gitu.. 
Kalo nak buat untuk ramai, sila rujuk resepi asal kat Kak Ena Lovely Kitchen..

Selamat mencuba uolsss!!

NOTA AIR TANGAN
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...

Monday, July 1, 2013

Happy 2nd Birthday Danial

July 1st, 2011. 
Two years ago today I experienced intense fear, love and joy. 
Two years ago today I was given news that changed my life forever. 
Two years ago today I was blessed with the most amazing baby boy I could have ever dreamed of. 
Two years ago today Danial was born.

It seemed that it was just yesterday when I was pregnant with Danial.
But now he's getting so big, and he looks just like a little man.




Wednesday, June 26, 2013

General knowledge


"During a robbery in Guangzhou, China, the bank robber shouted to everyone in the bank: "Don't move. The money belongs to the State. Your life belongs to you."

Everyone in the bank laid down quietly. This is called "Mind Changing Concept” Changing the conventional way of thinking.

When a lady lay on the table provocatively, the robber shouted at her: "Please be civilized! This is a robbery and not a rape!"

This is called "Being Professional” Focus only on what you are trained to do!

When the bank robbers returned home, the younger robber (MBA-trained) told the older robber (who has only completed Year 6 in primary school): "Big brother, let's count how much we got."

The older robber rebutted and said: "You are very stupid. There is so much money it will take us a long time to count. Tonight, the TV news will tell us how much we robbed from the bank!"

This is called "Experience.” Nowadays, experience is more important than paper qualifications!

After the robbers had left, the bank manager told the bank supervisor to call the police quickly. But the supervisor said to him: "Wait! Let us take out $10 million from the bank for ourselves and add it to the $70 million that we have previously embezzled from the bank”.

This is called "Swim with the tide.” Converting an unfavorable situation to your advantage!

The supervisor says: "It will be good if there is a robbery every month."

This is called "Killing Boredom.” Personal Happiness is more important than your job.

The next day, the TV news reported that $100 million was taken from the bank. The robbers counted and counted and counted, but they could only count $20 million. The robbers were very angry and complained: "We risked our lives and only took $20 million. The bank manager took $80 million with a snap of his fingers. It looks like it is better to be educated than to be a thief!"

This is called "Knowledge is worth as much as gold!"

The bank manager was smiling and happy because his losses in the share market are now covered by this robbery.

This is called "Seizing the opportunity.” Daring to take risks!"